Saturday, June 4, 2011

HARUS PERGI,

tika engkau masih di situ,tika aku masih dalam pelukanmu,tika engkau mulai cintakan aku,terus kita diulit cinta,tanpa kita sedar takdir yang akan membawa aku jauh dari apa yang ada sekarang,membuat kau sedih,hilang segala manis di raut wajah,sepi segala melodi kasih,musnah segala langkah.
aku harus pergi,kerana takdir,aku harus pergi,kerana aku bukan untuk teguh di sini,maafkan aku sayang,

tapi,tapi, engkau degil,engkau mahu terus mengatur langkah yang rapuh bersamaku,mahu memutik bunga cinta yang kian layu,kerana kata kau,engkau yakin adanya cinta setia antara kita,dan perlahan kau bisikkan yang engkau masih butuh aku,untuk terus bernafas,untuk harungi hari esok walau tanpa ku disisimu,tanpa senyumanku,tanpa tangan ku memimpinmu,engkau akan di situ untuk ku, aku tersentuh…

engkau tegar menunggu,terus menunggu,tanpa sebarang jemu,kerana teguhnya cintamu kepada ku, adakah engkau lelaki tanpa ego atau lelaki yang tercipta untuk ku, aku kagum akan cinta kita,tapi serba salah menghantui diriku kerana engkau terikat dengan cinta yang sia-sia ,cinta yang tidak akan ke mana,sepatutnya aku tidak layak untuk cinta agung mu itu sayang,namun kau terus mencintai,

sekiranya satu hari nanti aku harus pergi meninggalkan mu,melangkah terus ke hadapan membelakangi dunia ini,ke alam lain,apakah engkau akan terus menunggu aku seperti sekarang aku meninggalkan mu yang sekian untuk sementara,bagaimana dengan engkau jika aku harus pergi selamanya sayang,
usah engkau pacakkan kesetiaanmu terhadap ku,engkau wajar seseorang yang terbaik lebih dari bayangan ku,kau pasti jumpa orang itu yang akan menjaga cinta mu seperti aku yang akan setia di sana menjaga cinta kita,melihatmu walaupun dari jauh,itu sahaja yang termampu,ini semua terjadi bukan salah kita,bukan salah bintang yang nempertemukan kita,bukan salah cinta kita,ini kerana…………………………..
aku…………harus pergi…

1 comment: